Powered By Blogger

Saturday 19 May 2012


SSR3043 
Pendidikan Seni Untuk Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran dan Berbakat 
 TAJUK TUGASAN 
Tugasan Individu 1
 KUMPULAN UPSI 02

DISEDIAKAN OLEH
NOOR KILAWANI BT DOLLAH D20102046266 0139997039 
 NAMA TUTOR E-LEARNING : JAMILAH BT OMAR 
TARIKH SERAH : 19 MEI 2012 

Sejauh manakah mata pelajaran pendidikan seni visual mampu membantu perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak bermasalah pembelajaran? 

Pengenalan

Pada masa ini pendidikan seni visual telah dimartabatkan sepenuhnya sebagai subjek yang berperanan besar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana subjek ini merentasi kurikulum dalam subjek-subjek lain. Dalam pengajaran, pendidikan seni visual menjadi asas alat bantu mengajar yang baik melalui penampilan grafik yang efiksyen, pemilihan warna harmoni dan reka bentuk maujud yang cantik. Pendidikan seni visual menjadi subjek penting untuk kreativiti bagi melahirkan insan yang celik seni dan berbudaya. 

Pendidikan seni visual di sekolah rendah menjurus kepada seni tampak dan tidak kepada seni muzik, seni teater, seni sastera, seni mempertahankan diri dan seni fotografi. Seni ini lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya instuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Pendidikan seni visual dapat membantu pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran melalui pelbagai aktiviti seni yang dijalankan. 
Perkembangan pula ialah satu proses dimana individu mencapai kematangan. Ia merupakan perubahan berkualiti iaitu sifat perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantiti tetapi ternyata perubahan yang telah berlaku memperlihatkan sifat yang berlainan daripada peringkat yang terlebih dahulu. 

Perkembangan berbeza daripada pertumbuhan kerana ia berlaku daripada peringkat permulaan percambahan sehingga tamatnya hayat organisma itu. Ini bermakna bahawa perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organisma itu ke peringkat kematangan tetapi perkembangan juga berlaku berterusan.

Manakala pertumbuhan adalah sesuatu perubahan yang dapat diukur dari satu tahap ke satu tahap yang lain. Perubahan ini adalah dari segi kualiti yang dapat dibuat ke atas organisma dengan nyata. Perubahan kuantiti adalah seperti ukuran tinggi dan berat badan yang dapat diukur .Pertumbuhan juga boleh didefinisikan sebagai perubahan di dalam struktur dan fungsi tubuh seseorang individu dalam proses kematangan. Murid-murid yang bermasalah pembelajaran pula adalah kanak-kanak yang mempunyai masalah kognitif ( kerencatan akal) yang dianggap boleh diajar (educable) dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal. 

Pendidikan seni visual dapat membantu perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak bermasalah permbelajaran iaitu dari segi kognitif, tingkah laku, sosial, emosi dan psikomotor. Aktiviti seni dapat direka bentuk untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak pada setiap peringkat. Bila diberi peluang untuk bekerja dengan pelbagai bahan, cara dan teknik kanak-kanak dapat meneroka secara kreatif dengan variasi yang tidak terhad dan tidak terkongkong. 

Perkembangan dari aspek kognitif

Perkembangan kognitif ialah perkembangan yang dialami oleh otak dari aspek pemikiran murid-murid dan ia dapat dilihat melalui perubahan dalam tingkah laku dan percakapan. Dalam pelbagai aktiviti seni yang dijalankan secara tidak langsung murid-murid dapat mengenali pelbagai jenis warna dan juga ton warna dengan lebih baik dan juga dapat mengetahui pelbagai alatan seni yang mereka gunakan seperti nama alatan seni yang digunakan dan juga kegunaannya. Ini menunjukkan kanak-kanak ini sudah menguasai pelbagai jenis warna dan nama alatan untuk aktiviti seni. Dalam aktiviti seni yang dijalankan, kanak-kanak ini akan belajar bagaimana untuk menunjukkan kerjasama hasil daripada penggunaan bahan yang sama. Contohnya dalam aktiviti mewarna atau membuat model, mobil dan sebagainya. 

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini akan belajar bekerjasama berkongsi alatan seperti gam, gunting, dan sebagainya serta mereka akan dapat berinteraksi dengan mesra diantara rakan mereka. Jika tidak memahami dengan apa yang hendak dilakukan, kanak-kanak ini juga saling bantu-membantu. Situasi ini adalah penting bagi kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran bagi meningkatkan keyakinan dalam diri mereka. Dalam pelbagai aktiviti seni yang dilakukan, kanak-kanak ini akan diajar dan dibimbing tentang kemahiran menggunting, menggoyak, menampal dan sebagainya. Ini adalah penting bagi meningkatkan penggunaan motor halus dan motor kasar mereka. Kanak-kanak yang kurang dapat menggunakan kemahiran motor halus dan motor kasar akan dibimbing dan diajar dengan baik dalam pelbagai aktiviti seni. 

 Perkembangan dari aspek tingkah laku 

Manusia yang normal mempunyai dua tingkah laku laku yang kontras iaitu tingkah laku prososial dan tingkah laku antisosial. Tingkah laku adalah berkait rapat dengan perkembangan nilai dan moral. Hasil daripada kajian Paulsan (1974) didapati tingkah laku prososial dapat ditanam melalui model- model yang digambarkan di televisyen. Daripada aktiviti seni yang dijalankan oleh kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini, Kanak-kanak ini menunjukkan tingkah laku yang jelas dan baik semasa berinteraksi dengan guru dan bersama rakan mereka. Aktiviti seni yang biasa dijalankan untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran di sekolah saya adalah seperti menggambar, membuat mobil dan membuat hiasan gantung di dinding seperti menghias frame gambar. Semasa melakukan aktiviti ini, kanak-kanak ini dapat memberi kerjasama yang baik dan menunjukkan perasaan gembira. Aktiviti menghias frame gambar adalah dengan menggunakan pelbagai bahan pendidikan seni seperti pen marker, hiasan tampalan, warna air dan sebagainya. Aktiviti pendidikan seni ini merupakan aktiviti pembelajaran yang berbeza dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lain. Dalam aktiviti seni ini memerlukan mereka untuk lebih bekerjasama diantara rakan mereka. 

Bimbingan yang baik perlu bagi melancarkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini murid-murid akan dapat memberi reaksi yang positif. Mereka dapat berkongsi alatan seni seperti gam, gunting,warna, dan mereka juga akan dapat bergaul mesra dengan rakan mereka untuk menghasilkan sesuatu hasil seni yang menarik. Ini bermakna proses komunikasi dan sifat-sifat tolorensi berlaku diantara mereka. Bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan kepada murid-murid yang bermasalah pembelajaran seperti ini amatlah perlu seperti membimbing mereka menggunakan psikomotor halus dan psikomotor kasar seperti menggunting dan menampal. Contohnya aktiviti menghias frame gambar, kanak-kanak ini dapat membuat banding beza frame gambar yang terdapat di rumah mereka dan frame gambar yang dihias sendiri oleh mereka. Aktiviti ini memberi peluang kepada kita untuk melihat bagaimana pengaplikasikan aktiviti pendidikan seni ini dalam pengajaran dan pembelajaran kepada murid yang mempunyai masalah pembelajaran. Walaupun mereka mempunyai masalah akan tetapi mereka masih mempunyai inisiatif yang tersendiri dan sifat-sifat kreatif dan inovatif masih terserlah. Selain itu, pujian dan penghargaan juga penting untuk meningkatkan perasaan berani dan yakin diri terhadap usaha yang dilakukan.Murid-murid seperti ini juga harus sentiasa diberi bimbingan dan pujian.

Perkembangan dari aspek sosial

Berdasarkan teori pembelajaran sosial oleh Albert Bandura,beliau menegaskan bahawa elemen sosial akan terbabit kerana pembelajaran akan diperolehi dengan berdasarkan kepada: a) Melihat b) Meniru c) Memerhati tingkah laku orang lain. Perkembangan sosial merupakan satu proses apabila murid-murid belajar berhubung antara mereka atau dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya. Proses tersebut melibatkan cara berfikir tentang kendiri, orang lain dan perhubungan sosial. Perkembangan sosial murid-murid terdiri daripada kemahiran berinteraksi dengan orang lain, pembentukan identiti kendiri, penghargaan kendiri dan kawalan kendiri. Aktiviti seni juga dikatakan dapat melahirkan perkembangan interaksi sosial yang baik. Berdasarkan aktiviti seni seperti menggambar, membuat catan,model atau mobil yang dijalankan dikalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini memperlihatkan perkembangan sosial yang berlaku diantara mereka mempunyai banyak peningkatan. Dalam aktiviti yang dilakukan iaitu menghias frame gambar, dapat dilihat komunikasi antara mereka berlaku dengan baik. Kanak-kanak ini juga dapat bekerjasama dengan rakan mereka yang lain seperti berkongsi dan bertukar-tukar peralatan seperti gunting,gam dan sebagainya semasa melakukan aktiviti seni secara berkumpulan. Bimbingan dan pujian semasa aktiviti dilakukan amatlah penting untuk menarik perhatian mereka contohnya seperti memujuk,bersembang dan sentuhan. Ini merupakan satu kaedah untuk mereka bersosial bersama guru dan rakan mereka. Murid-murid ini jika diberi perhatian yang sewajarnya akan menunjukkan perkembangan sosial yang positif. Ini menunjukkan aktiviti seni dapat meningkatkan perkembangan sosial murid-murid terutamanya yang menghadapi masalah pembelajaran dalam aktiviti kumpulan kerana masalah untuk bergaul, pendiam, pemalu dan sebagainya. 

Perkembangan dari aspek emosi

Emosi ialah keadaan mental yang menunjukkan reaksi seseorang terhadap sesuatu benda atau keadaan. Reaksi muncul secara tiba-tiba dan membayangkan perasaan seseorang ketika itu. Benda atau keadaan yang dihadapi atau yang dialami oleh seseorang itu merupakan rangsangan yang ditangkap oleh orang yang berkenaan. Emosi merupakan tindak balas/ kebangkitan yang ditonjol keluar terhadap sesuatu perkara, objek, orang atau keadaan yang bertindak sebagai rangsangan kepada perasaan emosi. Ahli psikologi dan Afiologi bersependapat bahawa emosi melibatkan perasaan, gerak hati, tindak balas fisiologi dan pernyataan emosi. Emosi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan murid-murid. Ada perkara atau benda yang dialami seseorang mendatangkan rasa bangga dan ada perkara yang tidak menyenangkan. Biasanya kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini mempunyai kesukaran dalam beberapa aktiviti seni tertentu seperti menggunting gambar dengan baik. Biasanya dalam aktiviti seni yang dilakukan, tidak semua murid bermasalah pembelajaran ini dapat lakukan aktiviti dengan baik. Contonya aktiviti mengunting dan tampalan. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini tidak dapat mengunting dan menampal dengan baik dan ditempat yang betul. Ini menyebabkan sedikit sebanyak emosi kanak-kanak seperti ini cepat terganggu. Oleh itu guru perlu memberi lebih banyak perhatian. Dengan bimbingan guru,sedikit sebanyak kanak-kanak ini dapat menyiapkan hasil seninya dengan baik. Kanak-kanak ini akan berusaha untuk menyiapkan hasil seninya dengan baik. Keadaan ini akan menjadikan kanak-kanak lebih gembira dan akan mempunyai keyakinan yang tinggi untuk menunjukkan hasil seninya kepada rakan-rakan. Oleh yang demikian, murid yang istimewa ini perlu dididik dan diberi perhatian yang lebih serta memberi dorongan dan semangat untuk memastikan mereka terus belajar dan berdikari. Melalui aktiviti seni yang dilakukan, dapat meningkatkan perkembangan emosi yang lebih baik terhadap kanak-kanak bermasalah dalam pembelajaran ini.Kanak-kanak ini akan dapat memberi reaksi kepada arahan aktiviti yang menarik seperti membuat lukisan,catan.model atau mobil. 
Oleh yang demikian,murid yang mempunyai masalah pembelajaran ini perlu dididik dan diberi perhatian yang lebih serta memberi dorongan dan semangat untuk memastikan mereka terus belajar dan berdikari.Hasil usaha semua pihak adalah sangat penting bagi membantu kanak-kanak ini. Emosi yang baik dapat menambahkan keseronokan kepada murid-murid.Keadaan ini menjadi penggerak kepada tindakan yang diambil. Selain itu, melalui aktiviti seni yang pelbagai ini juga dapat mempengaruhi persepsi dan tingkah laku seseorang terhadap orang lain dan juga terhadap alam sekeliling dan seterusnya menentukan cara penyesuaian yang diambil.

Perkembangan dari aspek psikomotor

Aktiviti seni dapat direka bentuk untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak pada setiap peringkat. Bila diberi peluang untuk bekerja dengan pelbagai bahan, cara dan teknik kanak-kanak dapat meneroka secara kreatif dengan variasi yang tidak terhad dan tidak terkongkong. Perkembangan psikomotor kanak-kanak adalah penting. Ini kerana bagi kanak-kanak aktiviti seni mudah direka bentuk untuk mendekati keperluan dan naluri ingin tahu kanak-kanak. Kanak-kanak melihat sesuatu dengan caranya tersendiri. Kanak-kanak suka menyentuh, menguling, meramas, mengosok,mendengar dan sebagainya. Dari aspek psikomotor,kanak-kanak seperti ini kurang menguasai kemahiran mengunting dengan baik. Kanak-kanak seperti ini boleh mengunting secara bebas akan tetapi tidak boleh mengunting mengikut corak dan bentuk yang ditetapkan. Begitu juga dengan memegang, mereka tidak dapat memegang dengan cara yang betul. Ini bermakna aspek psikomotornya masih rendah berbanding tahap kognitif yang telah difikirkan. Tunjuk ajar seperti memegang, menggunting, meramas, menguli, mengosok dan sebagainya mampu dilakukan oleh mereka dengan baik jika guru-guru membantu merangsang psikomotornya dalam mengawal dan melakukan pergerakkan. 

 Rujukan 
 Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) Teori Kecerdasan Pelbagai, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur

 Isabel, R.T. & Raines, S.C. (2003), Creativity and the arts with young children, USA: Thomson Learning Inc.

 Dauer, V.P, & Prangrazi R.P. (1989) Dynamic Physical Education for Elementary School Children, New York: 

Macmilan Publishing Company. Zulkifli Yaakob, (2009) Seni Dalam Pendidikan, Open University Malaysia, Kuala Lumpur

1 comment:

  1. Salam. terima kasih atas maklumat yang di paparkan . Ia banyak membantu saya

    ReplyDelete